• Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai. • Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya. • Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah. • Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari. • Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya. • Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan 'aku CINTA padamu' tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu. • Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. • Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. • Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya. • Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda. • Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda. • Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa. • Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya. • Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. • Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda. • Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia! • Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu. • Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain. |
Friday, October 1, 2010
iklasnyer dia pada kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment